si isteri:
"HANYA SATU JE YANG SAYA MINTA...LEPASKAN SAYA"
hmm...pendapat peribadi saya, si isteri ni cakap dalam keadaan emosi. Dia tak dapat nak kawal perasaan dia..percaya atau tidak, jauh di lubuk hati dia...dia mengharapkan suami dia ubah fikiran..hati dia mengharapkan supaya suami dia hanya mencintai dia seorang..dia nak kehidupan rumah tangga dia kembali seperti dulu. bahagia! bila dia suruh lepaskan tu, dia dalam keadaan yang teramat sedih...kadang-kadang bila kita dalam keadaan yang sangat sedih, kita tak dapat berfikir dengan baik..kita tak dapat buat keputusan yang tepat. persoalan timbul, kalau lah si suami ni tadi menceraikan dia(lepaskan dia), apa yang akan terjadi pada kehidupan dia selepas dia diceraikan? dia perlu mencari kekuatan untuk meneruskan hidup tanpa suami yang dia sangat cintai itu.. sangat pedih kan kita melihat orang yang kita cinta, bersama dengan orang lain? kita tak dapat nak halang si suami itu kerana itu hak dia. namun, bagi saya, si suami itu perlu menyatakan apakah kekurangan si isteri ini tadi sehingga dia membuat keputusan untuk berkahwin lain. jangan hanya mengikut nafsu sahaja. bagi si isteri, memang benar, orang kata kehidupan bermadu itu sangat pahit..namun, jangan mudah untuk membuat andaian awal andai kita tak pernah melaluinya. sekurang-kurangnya cuba lalui keadaan itu dahulu..jika anda merasakan anda tidak boleh hidup bermadu, atau suami anda gagal berlaku adil...fikirlah masak-masak terlebih dahulu. buatlah keputusan yang tepat. jangan menyesal di kemudian hari.
~~ini hanya pendapat peribadi saya. ianya juga untuk peringatan diri saya kelak kerana saya tahu saya belum berkahwin dan saya tidak pernah merasa lagi perasaan apabila suami saya mahu berkahwin lain...
(ditulis semasa sedang melayan 'cinta gegar' kat THr.fm..(huhu) banyak yang dapat ak pelajari tentang erti kehidupan..dan bukan cinta semata)